SOALAN-SOALAN LAZIM  (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS)

 

Gambar-gambar kad yang dipaparkan di laman web ini kelihatan sangat menarik. Bagaimana cara untuk membuat tempahan?

Untuk membuat tempahan?  Sila klik di sini.

Mengapa harga kad di laman web ini sangat murah?

Fokus perniagaan kami ialah merekacipta dan mencetak kad undangan yang dihasilkan oleh designer kami sendiri.  Oleh yang demikian, kami tidak melalui mana-mana pengedar, broker, orang tengah dan sebagainya.  Jika anda membuat tempahan di laman ini bererti anda membeli secara terus dengan pengilang. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan sekiranya harga yang ditawarkan di laman ini adalah sangat munasabah.

Adakah Ixora melantik pengedar?

Kami tidak pernah melantik pengedar dan tidak bercadang untuk melantik pengedar. 

Anda mungkin bertanya mengapa?  Jawabnya ialah kerana kami ingin menjual secara terus kepada pembeli.  Dengan cara ini kami dapat mempastikan bahawa harga yang ditawarkan adalah harga yang biasanya dikhususkan kepada pengedar (harga dealer/borong).

Sudah berapa lama Ixora menjalankan perniagaan ini?

Kami sudah berada di pasaran sejak tahun 2000.

Saya ingin melihat contoh sebenar kad yang dipaparkan di laman ini, bolehkah saya berkunjung ke pejabat Ixora? 

Kehadiran anda amat kami alu-alukan. Kami mempunyai dua showroom:  di Kuala Lumpur dan di Ampang.

Kuala Lumpur:  Lot 1.31, Ground Floor, Medan MARA, Jalan Raja Laut Tel: 03-2698 6624

Ampang:  G 078, Ground Floor, Galaxy Ampang Shopping Centre, Taman Dagang, Ampang Tel: 03-4270 4332

Tarikh majlis saya dah hampir.  Pagi tadi saya bercadang untuk membuat tempahan kad undangan di Johor Bahru tetapi tempoh siapnya melebihi 40 hari. Bagaimana Ixora boleh membantu.

Masalah ini memang sering kami temui. Tempoh siap kami berbeza mengikut kategori dan dikira mulai tarikh artwork dipersetujui tanpa pindaan dan pembayaran sebanyak 50 peratus dijelaskan (mengikut tarikh mana yang terkemudian)..

Kategori Ekonomi:  3 - 10 hari bekerja

Kategori Standard: 5 - 14 hari bekerja

Kategori Eksklusif: 7 - 20 hari bekerja

Kategori Hardcover: 10 - 30 hari bekerja

Kategori Laser Cut:  14 - 30 hari bekerja

Macam mana nak claim banting percuma tu?

Syarat untuk dapat banner/banting percuma ialah:

(a) membuat tempahan kad undangan bernilai melebihi RM500,

(b) mendapat kupon daripada Facebook Ixora,  Sila klik di sini

(c) Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan

Saya nak tempah 200 keping saja, bagaimana saya boleh tahu harganya?

Itu mudah sekali. Anda hanya perlu berdaftar di laman ini.  Sila klik di sini dan setelah pendaftaran anda selesai, anda boleh melihat harga bagi setiap item mengikut kuantiti yang anda inginkan. Tanpa perlu menghubungi pejabat kami, anda boleh mendapatkan segala maklumat hanya dengan beberapa klik sahaja.

Adakah Ixora menerima tempahan daripada luar Malaysia seperti Singapura, Brunei, Christmas Island dan sebagainya?

Sudah tentu.  Kami sedia menerima tempahan daripada mana sahaja.  Masalahnya cuma satu. Buat masa ini, webmaster kami belum dapat menyediakan kemudahan kepada anda untuk membuat tempahan sacara terus daripada laman web kami. Untuk mengatasi masalah itu, anda diminta menghubungi kami melalui emel dengan menyatakan sekali jenis kad (Kod Kad) dan kuantiti serta ke mana alamat penghantaran yang anda kehendaki.  Selepas itu, kami akan menghantar Sebutharga/Invois kepada anda melalui emel . Sekiranya anda berpuashati,  pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau Paypal.

Saya nak guna font lain untuk hot stamping nama saya, boleh ke?

Jawabnya boleh. Anda hanya perlu mengirimkan contoh font yang dikehendaki (kirim dalam format jpeg/png/gif) dan emel ke sales@ixora.my