Panduan Membuat Tempahan

1.  Berdaftar

Sila klik Create An Account (Sila lihat di sebelah atas dan kanan laman ini) dan isi borang berkenaan. 

2. Pilih Item

Produk kami di bahagikan kepada kategori: Laser Cut, Hardcover, Eksklusif, Standard, Ekonomi, Sampul dan Banner/Banting. Sila lungsuri kategori yang anda inginkan. Apabila ada item yang diminati, sila klik gambar item tersebut. Butiran terperinci item tersebut akan dipaparkan meliputi harga mengikut kuantiti, pilihan warna dan sebagainya dan spesifikasi ringkas item berkenaan. Sila tandakan pilihan sewajarnya,

3. Tentukan Kuantiti

Sila pilih kuantiti yang anda inginkan. Apabila kuantiti telah ditentukan, sila klik Add To Cart.

4. Semak Maklumat Belian

Semak kuantiti dan jumlah harga yang dipaparkan. jika jumlah yang dipaparkan itu sesuai dengan pilihan anda, anda bolehlah meneruskan proses pembelian. Sila klik Checkout.  

5. Pilih Shipping Detail

Setelah anda klik Checkout, Step 2 Billing Detail akan dipaparkan. Sila buat pilihan dan klik Continue

6. Pilih Alamat Penghantaran

Setelah anda klik Continue, Step 3 Delivery Detail akan dipaparkan.  Sila buat pilihan dan klik Continue.

7. Pilih Cara Penghantaran

Setelah anda klik Continue, Step 4 Shipping Method akan dipaparkan. Sila buat pilihan dan klik Continue.

8. Pilih Cara Pembayaran.

Setelah anda klik Continue, Step 5 Payment Method akan dipaparkan. Sila buat pilihan.  Sebelum anda klik Continue, jangan lupa Tick bahawa anda bersetuju dengan Terms and Conditions yang ditetapkan.

9. Pengesahan Tempahan

Setelah anda klik Continue, Step 6 Confirm Order akan dipaparkan.  Sila semak sekali lagi maklumat yang diberikan. Jika anda membuat bayaran secara Bank Transfer, sila catat maklumat akaun bank kami untuk memudahkan anda membuat bayaran.  Bagaimanapun, sila ambil ingatan bahawa maklumat ini juga terdapat dalam Akaun anda dan boleh dirujuk dari masa ke semasa. Anda hanya perlu Login akaun anda di laman ini dan segala maklumat mengenai tempahan dan sebagainya  yang berkaitan dengan anda akan dipaparkan.

Sekiranya anda berpuashati dengan maklumat tempahan yang dipaparkan itu, anda bolehlah klik Confirm Order.

Selain itu, anda juga dikehendaki mengisi borang maklumat mengenai majlis.  Borang ini hendaklah diisi sekiranya anda membuat tempahan kad undangan kami.  Untuk tujuan tersebut, sila klik di sini

10.  Pembayaran.  Sila ambil perhatian bahawa Ixora tidak akan mengambil sebarang tindakan sebelum menerima pembayaran atau bukti pembayaran daripada anda. Sila maklumkan kepada kami sebaik sahaja anda membuat pembayaran melalui emel atau telefon di talian +603-4270 4332.  Pembayaran minimum yang dibenarkan sebagai deposit ialah RM200.00.  Baki bayaran sebanyak 50 peratus hendaklah dibuat sebelum kad dicetak.  Bayaran penuh mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum item tempahan anda dikirim ke alamat yang ditetapkan.

11. Tempoh Pembayaran.  Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran melalui Pindahan Akaun (Bank Transfer), anda hendaklah membuat bayaran berkenaan dalam tempoh tidak melebihi 10 hari bekerja.  Jika tempoh ini tidak dipatuhi, pihak kami akan membatalkan tempahan anda dan butiran tempahan anda tidak terdapat lagi dalam pengkalan data kami.  Jika anda masih ingin meneruskan tempahan tersebut, anda dikehendaki mengisi semula borang berkenaan.