Terma dan Syarat

POLISI PRIVASI SERTA TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB IXORA

 

PENGENALAN

Selamat datang ke laman web http://www.ixora.my .  Laman ini dimiliki dan diselenggara oleh Ixora Designs. Sila ambil perhatian bahawa laman  ini mempunyai terma penggunaan tersendiri. Dengan mencapai sebarang bahagian daripada laman  ini anda dianggap menerima terma penggunaan, polisi dan garis panduan yang ditetapkan oleh Ixora.

PERILAKU DALAM TALIAN (Code of Conduct)

Pengguna bersetuju untuk menggunakan laman web ixora.my untuk tujuan bukan menyalahi undang-undang. Pengguna ditegah daripada menghantar atau menyiarkan sebarang benda yang menyalahi undang-undang, yang berbentuk berbahaya, mengancam, ejekan, gangguan, fitnah, biadap, lucah, benda-benda yang berkaitan dengan seks, amalan karut, perkara yang membangkitkan kebencian, perkauman, atau perkara lain yang membangkitkan bantahan tidak terhad kepada bahan yang menggalakkan kelakuan yang menyebabkan kesalahan jenayah, menyusahkan orang awam, atau mencabul mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara, atau antarabangsa melalui ixora.my.

Sekiranya Ixora mengenalpasti sebarang bahan yang didakwa melanggar perkara di atas, ia akan disiasat dan ditentukan dengan budi bicara sama ada untuk membuang bahan tersebut, mengarahkan pengguna terbabit membuangnya dari Laman web ixora.my. ataupun mengambil tindakan undang-undang. Ixora boleh menyiarkan kandungan atau sebarang bentuk komunikasi elektronik

(a) untuk memenuhi keperluan atau kehendak undang-undang, peraturan, atau arahan kerajaan

(b) Jika diperlukan untuk operasi ixora.my; atau

(c) bagi melindungi hak atau harta dan kakitangan, pengarah, agen, penyedia kandungan pihak ketiga, peniaga, penaja, pelesen atau pengguna lain.

PERKHIDMATAN

Anda berhak untuk memohon dan mendapatkan perkhidmatan kami selagi anda mematuhi segala syarat dan terma yang terkandung di laman web ini. Pihak kami berhak untuk menolak atau membatalkan sebarang permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan kami tanpa memberikan apa-apa sebab.

HAKCIPTA

Segala hasil rekacipta akibat daripada tempahan/pembelian melalui laman web ini adalah menjadi hakmilik mutlak Ixora. Pihak kami berhak untuk mengguna semula segala motif, imej dan hasil seni lainnya  yang dihasilkan oleh pihak kami, dan/ataupun sebahagian daripada ime/motifj tersebut dalam apa cara sekalipun. Sekiranya anda berhasrat untuk tidak membenarkan pihak kami menggunakan imej/motif tersebut dalam apa-apa cara pun, anda bolehlah membuat permohonan secara bertulis terus kepada pihak kami. Kami sedia mempertimbangkan permohonan itu mengikut merit.

Selain itu, segala karya yang dihasilkan samada untuk individu maupun syarikat adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh dicetak, diterbit, disalin ataupun digunakan untuk apa-apa tujuan komersil tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Ixora. Sebarang penggunaan imej tanpa kebenaran akan mencabuli undang-undang, undang hak cipta, undang-undang tanda dagang, undang-undang privasi dan publisiti, dan peraturan komunikasi serta undang-undang statut.

PENAMATAN PERKHIDMATAN

Ixora boleh menggantung atau menamatkan keahlian dan kata laluan anda di ixora.my atas budi bicara tanpa sebarang notis. Penggantungan dan penamatan akan dikuatkuasakan apabila Ixora percaya bahawa anda telah melanggar dan bertindak tidak selaras dengan syarat ini termasuk mencabul berkait dengan undang-undang atau mendatang keburukan terhadap kepentingan ke atas penyedia kandungan atau pengguna lain.

AKAUN, KATA LALUAN DAN KESELAMATAN

Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan kata laluan dan akaun ixora.my anda adalah sulit pada setiap masa, dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti akaun anda.

PENAFIAN

Anda sepenuhnya memahami dan bersetuju bahawa Ixora Designs tidak terlepas melakukan kesilapan dalam laman web ini. Penggunaan anda ke atas perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") Dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS AVAILABLE"). Ixora Designs sepenuh-penuhnya dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan atau dilaksanakan. Ixora tidak memberi jaminan bahawa laman web ini tidak terganggu dan bebas daripada kesalahan; kesahihan dan ketepatan isikandungan, maklumat, perkhidmatan atau lain-lain bahan yang disediakan

Laman web ixora.my, perkhidmatan atau E-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya seharusnya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan. Sungguhpun begitu, anda juga dingatkan bahawa ixora.my tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan. Oleh itu anda dingatkan sebarang bahan yang dipindah terima atau diperolehi dengan cara-cara lain menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya.  Oleh itu anda akan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, aturcara komputer atau perkhidmatan ixora.my.

Sebarang komen atau penjelasan lanjut yang diperlukan bolehlah dikemukakan kepada syarikat kami di alamat seperti berikut:-

 

IXORA DESIGNS,

G078, Ground Floor,

Galaxy Ampang Shopping Centre,

68000 Ampang, Selangor DE,

Malaysia

Telefon: +603-4270 4332