1. TERMA DAN SYARAT

1.1       Sebelum membuat tempahan melalui laman web ini, pastikan anda telah membaca dan faham akan segala syarat dan terma yang terkandung di dalamnya. Dengan menggunakan laman web ini, membuat tempahan/pembelian daripada kami, bermakna anda telah bersetuju dan terikat dengan segala terma dan syarat yang termaktub.

2.  PERTUKARAN TERMA/SYARAT DAN POLISI

2.1      Pihak kami berhak menukar segala terma dan syarat polisi yang termaktub di laman web ini apabila dirasakan perlu dan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.

3. PENGEMBALIAN PRODUK ATAU WANG

3.1     Produk  yang telah ditempah melalui laman ini tidak boleh dibatalkan atau dikembalikan. Ixora terpaksa mengenakan syarat ini kerana barangan yang dihasilkan nanti dibuat khusus untuk anda dan tidak dapat dijual kepada orang lain. Oleh itu, risiko ini harus disedari oleh anda sebelum membuat tempahan.

4. TERMA BAYARAN

4.1     Bayaran minimum hendaklah tidak kurang daripada RM200.00. Kami hanya akan mula menyediakan artwork untuk tempahan anda setelah kami menerima makluman mengenai bayaran ini. 

4.2     Bayaran seterusnya ialah setelah anda bersetuju dengan artwork yang disediakan.  Sebelum proses mencetak dilaksanakan, bayaran sebanyak 50 peratus daripada nilai tempahan hendaklah dijelaskan.

4.3    Setelah urusan percetakan selesai, bayaran akhir hendaklah dibuat dengan kadar segera.  Setelah makluman mengenai bayaran ini diterima, barulah tempahan anda yang telah siap dicetak itu dikirim ke destinasi yang dipersetujui.

5. MODE PEMBAYARAN

5.1     Bayaran untuk tempahan boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Bank-in : Pelanggan boleh bank-in ke dalam akaun bank kami yang akan diberikan bersama dengan invois setelah anda memuktamadkan proses tempahan melalui laman ini. Bayaran itu boleh dimasukkan sama ada dalam bentuk tunai atau cek.
  2. Online Fund Transfer : Untuk pelanggan yang mempunyai kemudahan perbankan online, bayaran boleh dibuat dengan melakukan pemindahan dana dari akaun mereka ke akaun kami. Untuk proses yang lebih cepat, kami menggalakkan pembayaran melalui  Maybank2u (Maybank) kerana kami juga menggunakan akaun ini.
  3. Wire Transfer : Kaedah ini boleh digunakan oleh pelanggan luar Malaysia untuk membuat bayaran. Maklumat berkenaan akaun bank kami akan diberikan bersama dengan invois setelah anda memuktamadkan proses tempahan melalui laman ini. Sebarang caj tambahan yang dikenakan oleh bank untuk melakukan wire transfer adalah ditanggung oleh pelanggan.
  4. Western Union : Pelanggan luar negara juga boleh membuat bayaran melalui Western Union. Maklumat mengenai jumlah bayaran dan nombor akaun akan diberikan bersama dengan invois setelah anda memuktamadkan proses tempahan melalui laman ini.
  5. Kad Kredit : Anda boleh membuat bayaran melalui kad kredit dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PayPal. 

6. SEMAKAN ARTWORK MELALUI EMEL

  1. Semua urusan mengenai tempahan ini akan dilaksanakan melalui emel.  Anda hendaklah mempastikan akaun emel anda masih sah dan boleh dihubungi.
  2. Pindaan kepada artwork melalui emel hendaklah dibuat dengan jelas dan mudah difahami.  
  3. Pindaan kepada artwork hendaklah tidak melebihi tiga kali dan tanpa ada unsur baru.  Jika pindaan melibatkan perubahan kepada teks asal atau peta dalam versi baru, bayaran tambahan akan dikenakan.
  4. Tempoh masa pembetulan kepada artwork bergantung kepada beban kerja semasa. Ada kemungkinan kami tidak dapat membalas emel anda dalam tempoh 24 jam. Bagaimanapun, jika anda tidak menerima balasan dalam tempoh tiga hari bekerja, sila hubungi kami melalui telefon 03-4270 9671.
  5. Artwork hendaklah dipersetujui sepenuhnya dan dibuat secara bertulis melalui emel. 
  6. Tempoh siap sesuatu kad adalah dikira mulai tarikh persetujuan artwork tanpa pindaan dan bayaran sebanyak 50%, mengikut mana yang terkemudian.

7. Tempoh Siap

7.1 Tempoh siap dikira mulai tarikh artwork dipersetujui sepenuhnya tanpa pindaan dan bayaran sebanyak 50 peratus daripada nilai tempahan (mengikut tarikh mana yang terkemudian).  

7.2 Kadar tempoh siap bagi tempahan kad undangan mengikut kategori adalah seperti berikut:-

(a) Laser Cut:  14 - 30 hari bekerja

(b) Hardcover:  10 - 30 hari bekerja.

(c) Eksklusif:   7 - 20 hari bekerja.

(d) Standard:  5 - 14 hari bekerja.

(e) Ekonomi:  3 - 10 hari bekerja

8. Proses Penghantaran

8.1     Anda boleh membuat pilihan sama ada:

(a) Mengambil sendiri item yang ditempah atau  menggunakan perkhidmatan penghantaran seperti PosMalaysia, PosLaju, Kourier dan sebagainya yang diuruskan sendiri oleh anda;

(b) Perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh Ixora.  Untuk tujuan ini, anda boleh memilih sama ada menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia (Parcel Biasa) atau PosLaju.  

(c) Penghantaran melalui Pos Malaysia (Parcel Biasa) akan mengambil masa di antara 5 -7 hari bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak, tempoh penghantaran mengambil masa yang lebih lama iaitu di antara 7 - 10  bergantung kepada lokasi. Bagi tempat-tempat di pedalaman, sila semak dengan Pejabat Pos di tempat anda.

(d)  Kami akan memberikan Nombor Rujukan (Tracking Number) untuk membolehkan anda menyemak dengan Pejabat Pos setelah barangan anda diposkan.

(e)  Bagi negara-negara lain seperti Singapura, Brunei, Christmas Island dan Cocos Island, sebutharga kos penghantaran akan diberikan melalui e-mel.